JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang wanita yang mengamuk selepas dia diekori oleh tiga anggota polis hingga waktu lewat malam, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @undercover.id, wanita itu diserbu tiga anggota polis berpakaian biasa di sebuah warung. 

Rakaman sama memaparkan wanita itu menjerit dan meminta ketiga-tiga mereka supaya tidak mengganggu dan mengekorinya. 

“Kenapa ekori saya sampai di warung? Tolong jadi orang normal, mesej atau hubungi saya. Kalau saya tidak balas biarkan sahaja,” kata wanita itu. 

Difahamkan, wanita berkenaan merupakan anak seorang suspek yang terlibat dalam kes penipuan. 

Polis mencari keberadaan suspek yang menghilangkan diri melalui anaknya, tetapi dia berkeras untuk tidak bekerjasama dan sukar dihubungi. 

“Kali ini saya sokong pegawai polis,” kata netizen. 

“Saya juga sokong polis! Tak mungkin anak tidak tahu keberadaan bapanya,” kata netizen lain. – AGENSI





Source link

Leave a Reply