PETALING JAYA – Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) merekodkan seramai 2,420 mangsa banjir membabitkan lima negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Perak dan Selangor.

Nadma dalam laporan pukul 8 malam berkata, negeri Kedah (Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang) mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu 1,419 orang.

Katanya, daerah yang terjejas banjir adalah Kota Setar dengan 597 mangsa daripada 182 keluarga; Kubang Pasu (559 mangsa daripada 195 keluarga); Pendang (240 mangsa daripada 59 keluarga) dan Baling (23 mangsa daripada 11 keluarga).

Sementara, di Johor pula seramai 496 mangsa membabitkan daerah Batu Pahat (17 mangsa daripada tiga keluarga), Kluang (235 mangsa daripada 61 keluarga) dan Pontian (244 mangsa daripada 69 keluarga).

Bagi negeri Perak, seramai 163 mangsa membabitkan dua daerah iaitu Hilir Perak (40 mangsa daripada 14 keluarga) dan Kerian (123 mangsa daripada 35 keluarga).

Seterusnya, satu daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor (95 mangsa daripada sembilan keluarga).

Di Melaka, jumlah mangsa terlibat masih sama seperti yang dilaporkan setakat pukul 4 petang tadi dengan jumlah 22 orang daripada enam keluarga. -KOSMO! ONLINE





Source link

BARK Premium Dog Can Food-375g
Shopee.com.my
4.9
RM4.59
BARK Premium Dog Can Food-375g
Keropok Sira Cap 2 E-Kan (1 BUNDLE) (30 PKT)
Shopee.com.my
5.0
RM40.00
Keropok Sira Cap 2 E-Kan (1 BUNDLE) (30 PKT)
HONDA WAVE DASH 110 DASH 125 TOP BOX RACK MONORACK HEAVY DUTY
Shopee.com.my
4.9
RM95.90
HONDA WAVE DASH 110 DASH 125 TOP BOX RACK MONORACK HEAVY DUTY
BENELLI TRK251 CRASH BAR PROTECTOR HEAVY DUTY ENGINE GUARD
Shopee.com.my
4.9
RM95.00
BENELLI TRK251 CRASH BAR PROTECTOR HEAVY DUTY ENGINE GUARD

Leave a Reply