PETALING JAYA – Sebanyak 16 kenderaan import bernilai lebih RM1.24 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja (JKDM) ketika serbuan dijalankan di sebuah gudang berlesen di Seksyen 85A, Jalan Pahang, Setapak, di sini, Rabu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail berkata, pasukan Operasi dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit I (WPKL) melaksanakan operasi itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Kita menyita sejumlah kenderaan import yang disyaki tak berkastam, yang disimpan melebihi tempoh penyimpanan 48 bulan di sebuah gudang berlesen.

“Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan menemukan kenderaan terbabit seterusnya didapati gagal mematuhi syarat-syarat dalam lesen di bawah Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967.

“Bagi kenderaan import, syarat lesen menetapkan tempoh penyimpanan yang dibenarkan adalah selama 48 bulan di gudang berlesen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Kompleks Kastam WPKL, di sini, hari ini.

Jelasnya, kenderaan yang disita itu membabitkan jumlah cukai dan duti import RM2.35 juta.

“Modus operandi gagal mengikrarkan kepada Kastam sejumlah kenderaan yang masih belum dibayar cukai dan cuba mengaburi pihak Kastam di sebalik lesen import yang telah luput tempoh.

“Syarikat ini juga telah gagal dan enggan menjelaskan tunggakan cukai kenderaan import serta menyalahgunakan kemudahan pengecualian cukai yang diberikan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki apa-apa barang tidak berkastam atau larangan import di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” pesannya. – KOSMO! ONLINE





Source link

-13%
SevenDays Sabiki Rig Size #6 - #16 Fishing Hook Apollo Apolo Pancing Dasar Bottom Laut Saltwater Luminous Umpan Ikan
Shopee.com.my
5.0
RM1.65 RM1.90
SevenDays Sabiki Rig Size #6 - #16 Fishing Hook Apollo Apolo Pancing Dasar Bottom Laut Saltwater Luminous Umpan Ikan
-89%
Balloon Bobo Transparent Oval (8/12/16/20/24/36")
Shopee.com.my
4.9
RM0.14 RM1.40
Balloon Bobo Transparent Oval (8/12/16/20/24/36")
Buku warna cartoon buku sticker❣ Colouring Sticker Books 16 pages Hari Kanak-kanak Children day gift ❣ 填色书涂色儿童节礼物随机发送
Shopee.com.my
4.9
RM0.55
Buku warna cartoon buku sticker❣ Colouring Sticker Books 16 pages Hari Kanak-kanak Children day gift ❣ 填色书涂色儿童节礼物随机发送
Stabilo Swans 12 Short 12 Long 16 Long 24 Long 30 Long 36 Long 48 Long Colour / Color Pencil Pensel Warna 1871S 1870S
Shopee.com.my
5.0
RM2.69
Stabilo Swans 12 Short 12 Long 16 Long 24 Long 30 Long 36 Long 48 Long Colour / Color Pencil Pensel Warna 1871S 1870S

Leave a Reply