BUTTERWORTH – Seramai 16 ahli Geng Pacific Siva yang terlibat dalam jenayah terancang sejak lapan tahun lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh masing-masing M. Subramaniam, 44; G. Tilagarajan, 36; M. Kesavan, 39; N. Sharvin, 26; TS. Ligen Kumar, 26; M. Dineswaren, 24; P. Kirubaagaran, 23; G. Meheshkumara, 27; M. Janagesh, 28; R. Logeswaaraaj, 30; K. Hendry, 44; M. Sivasangkaran, 37; M. Partiben, 29; S. Arunan, 32; S. Denneswaran, 28 dan V. Alagis, 31 tahun.

Bagaimanapun, semua tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nor Azah Kasran kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, seramai 14 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pacific Siva dalam Daerah Seberang Perai Tengah antara Jun 2016 hingga 26 November tahun ini.

IMG 6612
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Manakala Arunan dan Subramaniam didakwa melakukan kesalahan sama antara Februari 2019 hingga 26 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara minima lima tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan Lina Hanini Ismail manakala 13 tertuduh diwakili peguam kecuali Arunan, Alagis dan Subramaniam.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula 7 Februari 2025 bagi pemindahan prosiding ke Mahkamah Tinggi serta serahan dokumen.

Media pada 27 November lalu melaporkan Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki di bawah SOSMA selepas disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.

Kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan menerusi Op Cantas Mutiara di sekitar negeri ini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang dengan bantuan Bukit Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Source link

-68%
(X PECAH) IPHONE 16 15 14 13 12 11 Pro Max 15 Plus XS MAX X 7 PLUS CERAMIC FILM SCREEN PROTECTOR
Shopee.com.my
4.9
RM1.29 RM4.16
(X PECAH) IPHONE 16 15 14 13 12 11 Pro Max 15 Plus XS MAX X 7 PLUS CERAMIC FILM SCREEN PROTECTOR
-74%
Legging Budak Perempuan/ Legging Kanak-Kanak Murah/ Legging Hitam Budak/ Plain Color/ Bercorak Saiz ( 6 Bulan-16 Tahun )
Shopee.com.my
4.9
RM0.37 RM1.48
Legging Budak Perempuan/ Legging Kanak-Kanak Murah/ Legging Hitam Budak/ Plain Color/ Bercorak Saiz ( 6 Bulan-16 Tahun )
-54%
4T 15w50 1L Fully Synthetic MA2 Motorcycle Engine Oil Minyak Hitam Motor Motosikal 15w-50 LC135 Y15 16
Shopee.com.my
5.0
RM13.90 RM30.22

Leave a Reply