KUANTAN: Pemain remaja daripada Persatuan Badminton Pahang mengungguli Kejohanan Badminton Remaja Pahang 2023 yang diadakan selama empat hari bermula 19 Disember lalu di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini.

Daripada 16 kategori remaja dipertandingkan, pemain daripada persatuan itu muncul juara bagi 15 kategori kecuali Perseorangan Perempuan 12 dimenangi oleh peserta dari daerah Rompin.

Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, ia pencapaian cukup membanggakan buat pemain-pemain remaja persatuan terbabit.

“Ia selaras matlamat saya dan persatuan untuk terus melonjakkan prestasi, memperkasa pembangunan badminton di Pahang dari akar umbi,” katanya di sini semalam.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
TENGKU AIDY AHMAD SHAH Tengku Kamil menyampaikan medal dan sijil serta replika cek kepada pemenang kategori beregu 16 tahun Kejohanan Badminton Remaja Pahang 2023 di Dewan Persatuan Badminton Pahang di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Mengulas berhubung Kejohanan Badminton Remaja Pahang 2023, Tengku Aidy Ahmad Shah berkata, seramai 568 pemain remaja dari seluruh negeri ini menyertai pertandingan kali ini.

Jelasnya, kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat sukan dalam kalangan remaja serta menjadikan sukan sebagai agen perpaduan dan memupuk amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, katanya, kejohanan ini dilihat mampu meningkatkan skil dan prestasi pemain serta menjadi kayu ukur terbaik menilai pencapaian pemain yang bertanding.

“Kejohanan itu juga diadakan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan cemerlang dalam aktiviti sukan serta mempertingkatkan semangat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, johan remaja bagi kategori perseorangan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 manakala beregu RM400.

“Naib johan kategori perseorangan memperoleh hadiah wang tunai RM150 manakala RM200 bagi naib johan beregu.

“Selain hadiah wang tunai, setiap pemain juga menerima medal dan peralatan sukan,” katanya. – UTUSAN





Source link

KRS (RENCANA BAHU KADET REMAJA, MALAYSIA, PAHANG)
Shopee.com.my
RM1.60
KRS (RENCANA BAHU KADET REMAJA, MALAYSIA, PAHANG)
KRS (RENCANA BAHU KADET REMAJA, MALAYSIA, PAHANG)
Shopee.com.my
KRS (RENCANA BAHU KADET REMAJA, MALAYSIA, PAHANG)

Leave a Reply