Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024 telah berlangsung di Kuantan, Pahang pada Khamis.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

Selaras dengan tema sambutan Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI, beberapa inisiatif penting telah diumumkan bertujuan untuk menyokong pembangunan kompetensi digital dalam kalangan guru. Ini termasuk peluang untuk mengikuti kursus pemerkasaan digital, latihan khas Apple Teacher dan sijil profesional digital.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#HariGuru2024






Source

8 COMMENTS

  1. Guru yang berilmu ialah guru yang mempunyai keboleh upayahan dalam serba seba dan menguasi pelbagai disiplin ilmu termasuk jauhari dalam penggunaan digital untuk mendidik anak bangsa dalam usaha membina Negara bangsa dengan genarasi yang berdaya saing dan berdaya tahan . Ia perlu dilengkapi bahawa guru bukan sahaja berilmu tetapi haru memiliki akhlak yang mulia, berfikiran positif dan transformatif.

  2. Kini kita lihat ramai guru2 yg berjawatan tetap yang berusia 50 ke 60 thn telah membuktikan bahawa mereka masih boleh & bersemangat dalam mendidik. Ini krn ramai di kalangan kita pada hari ini telah mempunyai kesedaran pentingnya kesihatan dan telah berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. Maka dicadangkan supaya syarat umur untuk memohon guru boleh sehingga sebelum umur bersara. Misalnya mereka yang berumur 50 tahun ke bawah yang sihat tubuh badan, yang mempunyai kemahiran dan bakat mendapat peluang menjadi guru dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara.

Leave a Reply