Adakah anda mengalami sakit kaki ketika berjalan/ berdiri? Atau telah mula sakit lutut, pinggul dan belakang.

Sila perhatikan keadaan tapak kaki anda. Tapak kaki yang normal mempunyai lengkungan di tengah tengah bagi membantu menampung berat badan secara seimbang.

Kaki rata (flat foot) tidak mempunyai atau hanya ada sedikit lengkungan. Anda boleh basahkan kaki dan pijak di atas simen untuk memerhatikan bentuk tapak kaki.

Sekiranya anda mempunyai tapak kaki rata dan mempunyai gejala kesakitan, boleh dapatkan pemeriksaan atau cuba menggunakan pelapik tapak kaki yang boleh membantu menyokong tapak kaki rata.




Source

7 COMMENTS

  1. Geng flat feet. Tak boleh buat ape dah, umur da 30 ni redho je sakit pinggang ke tk bole lari jauh ke. Dah mcm2 cara try, excercise jengket byk kali sampai betis berotot la tapi masih flat jgk.

Leave a Reply