12 buah bilik darjah kabin pasang siap termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas telah diserahkan kepada SK Cyberjaya, Selangor pada hari ini.
Projek ini dapat memberi penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat yang dihadapi SK Cyberjaya. Ia dapat memberi keselesaan kepada murid dan guru yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Bagi penyelesaian jangka panjang pula, sekolah baharu, iaitu SK Cyberjaya 2 kini sedang berada dalam fasa untuk memulakan pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027. Sekolah baharu yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain ini dapat membantu menangani isu sekolah padat di Cyberjaya dan di kawasan sekitar.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) proaktif mengatasi isu sekolah padat di seluruh negara. Pelbagai pendekatan diambil termasuk menerusi pembinaan bilik darjah kabin, pelaksanaan kelas terapung dan penyuraian murid ke sekolah berhampiran.
Pada tahun 2024, Kerajaan telah turut meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu di seluruh negara.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
Mohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pantau seorang guru di SK SRI GUNUNG PULAI yang menggunakan nama akaun Pencinta Kedamaian yang sangat kerap memainkan isu 3R di social media.
Jangan guna hard work.
Kita nak smart work
Ela tgk tu. Alhamdulillah
Adoi kelas tambahan pula….homework pun X dan siap..adoi kenapa homework terlalu banyak…..2,3pagi baru siap…cikgu2 TLG lah kurangkan homework…..