ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Foto hiasan

TANAH MERAH: Sebanyak 12 pelajar terjejas banjir dari Kampung Bendang Baru, Nibong yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini dipindahkan ke asrama mereka dengan bantuan pegawai dan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata beliau bersama pegawai dan anggotanya melakukan operasi menyelamat masing-masing enam pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama pada Khamis.

“Kami memindahkan mereka ke asrama sekolah berkenaan hari ini bagi memudahkan mereka melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan itu,” katanya kepada Bernama.

Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggotanya meredah banjir sejauh tiga kilometer bagi menyelamatkan mereka menggunakan dua bot.

Beliau berkata air banjir melepasi paras dua meter menyebabkan laluan kampung berkenaan hanya boleh dilalui menggunakan bot.

“Selain itu, kami turut menyelamatkan seorang penuntut universiti yang perlu melaporkan diri esok (di kampus), yang terkandas banjir selepas pulang ke kampung pada Sabtu lepas,” katanya.

Sementara itu, pelajar Norlina Mat Selleh,17, berkata banjir kali ini memberi pengalaman pahit kepadanya yang bakal menduduki peperiksaan penting.

“Apabila saya pulang ke rumah, sedikit sebanyak kejadian ini (banjir) memberi tekanan dan hilang tumpuan untuk mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Nurul Izzah Mohd Amran, 17, pula melahirkan rasa syukur kerana penduduk kampung dan pihak polis membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke asrama bagi menduduki SPM.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.





Source link

-19%
[MACARON] Colorful inPods 12 Macaron TWS Wireless Bluetooth Earphone in-Ear Headset Touch Control 5.0
Shopee.com.my
5.0
RM19.76 RM24.70
[MACARON] Colorful inPods 12 Macaron TWS Wireless Bluetooth Earphone in-Ear Headset Touch Control 5.0
12 O'clock Alloy Handlebar Straight Bar MTB Bicycle
Shopee.com.my
5.0
RM169.00
12 O'clock Alloy Handlebar Straight Bar MTB Bicycle
☆INPOD i12☆ COLOURFUL EARPHONE TRUE WIRELESS STEREO WITH BLUETOOTH V5.0
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
☆INPOD i12☆ COLOURFUL EARPHONE TRUE WIRELESS STEREO WITH BLUETOOTH V5.0

Leave a Reply