LUMUT: Polis mengeluarkan 113 saman terhadap 147 individu atas pelbagai kesalahan trafik yang melibatkan kumpulan remaja dalam Operasi Samseng Jalanan sepanjang Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE,), bermula tengah malam tadi sehingga awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, dalam operasi kira-kira enam jam itu, sebanyak 136 buah motosikal telah diperiksa dan 11 buah motosikal telah ditahan dan disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Kesalahan paling banyak dikesan ialah tiada lesen memandu serta mengubah suai ekzos motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesalahan-kesalahan lain disaman termasuk mengubah suai nombor pendaftaran, ubahsuai aksesori, tiada cukai jalan dan insurans, brek tidak berfungsi, menunggang di bawah umur dan lain-lain kesalahan.

Jelasnya, seramai 13 remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun turut ditahan manakala 11 motosikal yang disita kerana melakukan kesalahan ubahsuai eksoz dan tayar motosikal, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan serta tiada nombor pendaftaran.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan di WCE Sitiawan Utara, Sitiawan dan Lekir, diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung, Asisten Superintendan E. Chandrasegaran bersama sepasukan tiga pegawai kanan, 13 anggota dan tujuh anggota sukarelawan polis dibantu kakitangan WCE kawasan Manjung.

Beliau menjelaskan operasi itu tertumpu kepada pemeriksaan pelbagai kenderaan namun sasaran utamanya adalah motosikal dan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal bagi membendung kegiatan samseng jalanan.

Mohamed Nordin menasihati orang ramai berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengetahui kedudukan golongan remaja itu terutama pada tengah malam dan awal pagi.

Menurutnya, polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan samseng jalanan boleh menyalurkan maklumat itu ke Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 bagi membantu membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa di daerah Manjung. – UTUSAN





Source link

-48%
Seluar Jeans Motosikal Jenama K Lurus Kasual Anti Jatuh Seluar Menunggang Angin Lumba Di Luar Jalan Raya Untuk Lelaki Dan Wanita/K Brand Motorcycle Jeans Straight Casual Anti-Fall Windproof Racing Off-Road Riding Pants For Men And Women
Shopee.com.my
5.0
RM94.57 RM181.87
Seluar Jeans Motosikal Jenama K Lurus Kasual Anti Jatuh Seluar Menunggang Angin Lumba Di Luar Jalan Raya Untuk Lelaki Dan Wanita/K Brand Motorcycle Jeans...
◕Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju huja
Shopee.com.my
RM52.98
◕Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju huja
☽♤Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju huj
Shopee.com.my
RM96.17
☽♤Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju huj
✱┅✑Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju hu
Shopee.com.my
RM96.17
✱┅✑Baju hujan dan seluar hujan sut dengan topi besar penuh menunggang motosikal di luar kereta elektrik berpecah baju hu

Leave a Reply