SEOUL: Kira-kira 1,000 orang di Korea Selatan mengalami keracunan makanan yang dikaitkan dengan hidangan kimchi tercemar norovirus (NoV).

Pihak berkuasa Bandar Namwon mengumumkan terdapat 996 kes yang disahkan, walaupun laporan media tempatan mendakwa jumlah itu meningkat kepada 1,024 orang pada Sabtu.

Pihak berkuasa berkata, hidangan kubis peram yang popular itu diedarkan melalui makanan sekolah di bandar berkenaan.

Katanya, pelajar dan kakitangan dari 24 sekolah adalah antara yang terkesan, mengakibatkan kebanyakan mereka mengalami muntah, cirit-birit serta sakit perut.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya memulakan siasatan epidemiologi untuk mendedahkan punca penyakit itu, selepas kes pertama dilaporkan pada 2 Julai lalu.

Sejak itu, jumlah kes terus meningkat dengan jumlah terakhir disahkan pada Jumaat adalah 996 kes.

Norovirus sangat mudah merebak melalui sentuhan permukaan yang tercemar, seperti pemegang tandas dan mereka yang sudah dijangkiti.

Kebanyakan pesakit boleh pulih dalam beberapa hari tanpa memerlukan rawatan hospital, tetapi terdapat beberapa kes boleh mengalami keadaan yang sangat teruk.

Datuk Bandar, Choi Kyung-sik berkata, pegawai kesihatan mengambil tindakan awal dan segera dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit itu.

Pegawai bandar berkata, norovirus dikesan dalam kalangan pesakit melalui sampel persekitaran dan dalam hidangan kimchi yang kerap dihantar ke sekolah.

Susulan itu, Jabatan Bencana dan Keselamatan menggantung sementara pengeluaran serta penjualan produk dari syarikat yang menghasilkan kimchi tersebut, juga dalam proses menarik balik produk yang sudah diedarkan secara sukarela.

Setakat ini, syarikat yang mengeluarkan kimchi tersebut belum dinamakan secara rasmi.- BBC

 





Source link

TOP 1 SUPER COOLANT LONG LIFE FORMULA 500ML
Shopee.com.my
4.8
RM8.00
TOP 1 SUPER COOLANT LONG LIFE FORMULA 500ML
-47%
4x A1 SABUN A1 SABUN SABUN ECO LAUNDRY SOAP SABUN CHEAP SOAP ECO SOAP MALAYSIA SABUN YELLOW SABUN
Shopee.com.my
4.9
RM3.20 RM6.04
4x A1 SABUN A1 SABUN SABUN ECO LAUNDRY SOAP SABUN CHEAP SOAP ECO SOAP MALAYSIA SABUN YELLOW SABUN
100% Original YG-1 HSS-EX CENTER DRILL 60 Degree DV301
Shopee.com.my
5.0
RM16.10
100% Original YG-1 HSS-EX CENTER DRILL 60 Degree DV301
#1 All Systems Natural Shampoo Small Bottle ML (Shampoo Haiwan Import USA)
Shopee.com.my
5.0
RM60.00
#1 All Systems Natural Shampoo Small Bottle ML (Shampoo Haiwan Import USA)

Leave a Reply