KOTA BHARU – Sebanyak 10 runtuhan tanah dan cerun melibatkan jalan Persekutuan yang terjejas akibat banjir dikesan di seluruh Kelantan sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata, jalan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang antara lokasi yang dikesan berlaku runtuhan tersebut.

Menurutnya, sebanyak tiga kawasan terjejas sudah dikenal pasti di Gua Musang iaitu Jalan Aring 8 dan Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Terdapat dua runtuhan di laluan Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos Brooke. Di Kuala Krai, dua lokasi runtuhan tanah dan cerun berlaku di Kampung Sungai Teku Luar selain Jalan Sungai Sam-Jeli.

“Jalan Kemuning-Bukit Belah, Dataran Bukit Belah dan Jalan masuk ke Stesen VHF Bukit Bakar antara tiga jalan persekutuan yang berlaku runtuhan di Machang,” katanya.

Nik Soh memberitahu, sementara itu, satu runtuhan masing-masing di Jeli dan Tanah Merah yang melibatkan Jalan Gerik-Jeli-Lebuh Raya Timur Barat berhampiran Kampung Lakota dan Jalan Kemahang 2.

Katanya, JKR Kelantan sudah meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan runtuhan yang terbabit.

“Terdapat sesetengah kawasan runtuhan ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana masih berlaku pergerakan tanah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE





Source link

-26%
Gaiety Spray Millet 200g - Emas 10 Bird Food Red Millet Bird Feed Parrot Hamster Small Animal Makanan Burung Snack Treat
Shopee.com.my
4.9
RM5.77 RM7.90
Gaiety Spray Millet 200g - Emas 10 Bird Food Red Millet Bird Feed Parrot Hamster Small Animal Makanan Burung Snack Treat
-24%
Bird Food Mix Seed 1kg - Emas 10 Mixed Millet Feed Campuran Sekoi Sambau Makanan Burung Baji Parrot Cockatiel lovebird
Shopee.com.my
4.9
RM4.99 RM6.57
Bird Food Mix Seed 1kg - Emas 10 Mixed Millet Feed Campuran Sekoi Sambau Makanan Burung Baji Parrot Cockatiel lovebird
Emas10 Black Stripe Sunflower Seeds Gua Zi Bird Hamster Sugar Glider Chipmunk Food 1kg [GuaZi] [3060]
Shopee.com.my
5.0
RM12.50
Emas10 Black Stripe Sunflower Seeds Gua Zi Bird Hamster Sugar Glider Chipmunk Food 1kg [GuaZi] [3060]

Leave a Reply