Semua 10 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peringkat cawangan bahagian berkenaan, boleh memulakan mesyuarat semula mulai 7 Nov.

“Manakala bagi pemilihan di peringkat bahagian pula akan dilaksanakan pada Disember depan, kita gantung bukan gantung selama-lamanya, cuma kita tangguh untuk elak perkara yang tidak diingini berlaku membabitkan keseluruhan pemilihan kelak,” katanya dalam sidang media di Larut, Perak hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Serbaguna Sungai Bayor.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Abdul Azim Mohd Zabidi mengesahkan 10 bahagian jawatankuasa parti itu digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.

Keadaan itu menyebabkan ahli di 10 bahagian itu tidak boleh mengundi bagi memilih tiga naib presiden dan 20 majlis pimpinan tertinggi (MPT).

Sepuluh bahagian itu ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Cameron Highlands termasuk Hulu Langat dan Kota Melaka, yang menerima notis pemberitahuan menerusi surat bertarikh 31 Okt.

Bernama

Source link

Gaiety Spray Millet 200g - Emas 10 Bird Food Red Millet Bird Feed Parrot Hamster Small Animal Makanan Burung Snack Treat
Shopee.com.my
4.9
RM5.90

Bird Food Mix Seed 1kg - Emas 10 Mixed Millet Feed Campuran Sekoi Sambau Makanan Burung Baji Parrot Cockatiel lovebird
Shopee.com.my
4.9
RM6.50

Emas10 Black Stripe Sunflower Seeds Gua Zi Bird Hamster Sugar Glider Chipmunk Food 1kg [GuaZi] [3060]
Shopee.com.my
5.0
RM12.30

Leave a Reply